15 Feb 2015

SUMBANGAN UNTUK PELAJAR MANGSA BANJIR DI SK NETING, TUMPAT


Sumbangan dan keprihatinan SAJOHA atas kepayahan mangsa banjir di Kelantan berterusan. Satu lagi usaha mengumpul dana untuk sumbangan kepada mangsa-mgsa banjir ini telah diusahakan. Atas sikap perihatin, simpati dan dermawan, ahli-ahli SAJOHA berterusan menyumbang dan menderma.
Hasil sumbangan ini  maka dapatlah SAJOHA menyediakan set sumbangan berupa pakaian, kasut, peralatan dan alat tulis unruk diagihkan kepada pelajar-pelajar yang malang di kawasan Tumpat. Pakaian sekolah adalah dari sumbangan peribadi salah seorang ALK KOSAINS dan KOSAINS sendiri.



Team SAJOHA Care yang dianggotai oleh Presiden Sajoha, En Saiful Yazan, Naib Presiden En Azahari Baharum serta ALK KOSAINS En. Mahzan Kamsan telah bertolak dari Johor Bahru pada awal pagi Sabtu, 31/1/2015 terus ke Kota Bahru. 
Kami juga disertai oleh beberapa orang ahli Sajoha yang kini bermastautin di Temerloh dan Kota Bahru iaitu Sdr Sa'adon Mohammad, Sdr Azahir Nasir dan Sdr Hisham. Lokasi dan asnaf sumbangan telah dikenalpasti oleh Sdr Azahir Nasir dengan bantuan beberapa rakan dari pelbagai NGO di Kota Bahru.




















30 Jan 2015

SAJOHA CARE, KOSAINS PRIHATIN

SAJOHA & KOSAINS PRIHATIN
SUMBANGAN PAKAIAN SEKOLAH DAN ALAT TULIS BAGI PELAJAR-PELAJAR MANGS BANJIR DI KELANTAN

Kesan bencana banjir yang menimpa penduduk pantai timur Semenanjung,baru-baru ini khususnya di Kelantan telah meraih simpati dan mendapat perhatian ahli-ahli SAJOHA seluruh Malaysia. Atas dorongan rasa keamusiaan dan keperihatinan ini,  Sajoha telah melancarkan kempen mengutip derma bagi membantu meringankan beban yang ditanggung penduduk di sana.
Alhamdulillah berkat sifat dermawan ahli-ahli SAJOHA, maka sejumlah dana telah dapat dikumpulkan bagi tujuan yang tersebut.
Maka bertarikh 17/1/2015- 18/1/2015 yang lalu atas nama gabungan SAJOHA, KOSAINS dan Medic85 UKM yang diwakili oleh Dr Maimunah Md Said Batch 75 telah bergerak ke Kota Bahru, Kelantan bagi menyampaikan sumbangan dari ahli2 Sajoha, KOSAINS dan Medic85 UKM. "Mission trip" kali ini telah dianggotai dan disempurnakan oleh Presiden Sajoha, En Saiful Yazan, Naib Presiden, En Azahari Baharum dan ALK KOSAINS, En Mahzan Kamsan. Kerja-kerja penyediaan dan pemunggahan barangan sumbangan ini juga telah mendapat bantuan tenaga daripada AJK Sajoha yang lain di Bangi iaitu Timbalan Presiden, En Alimor, N/P En Mohd Yusuf Hassan, En Nubli Ahmad Yassin, Pn Rashidah Mohd Sies dan Pn Nor Sa'ni Ab Bakar


.

Sumbangan dan bantuaan adalah merupakan pakaian sekolah dan alat tulis bagi pelajar-plajar malang agar dapat meneruskan pembelajaran dan persekolahan mereka dengan lebih sempurna selepas dilanda bencana banjir terdahulu.
Sumbangan dan bantuan untuk mangsa banjir di Kelantan ini telah diserahkan dan disambut oleh wakil Medic85 UKM di Kota Bahru, Dr Fathi Abdullah yang akan bersama-sama mengagihkan sumbangan tersebut kepada mereka yang memerlukan.


SAJOHA merakamkan ribuan terimakasih kepada para dermawan. Semoga segala kebajikan anda mendapat barakah dan ganjaran kekal dari Allah s.w.t.
















14 Jan 2015

'SOFT LAUNCHING" PROGRAM SAJOHA

PERSATUAN ALUMNI SEK MEN SAINS JOHOR (SAJOHA)

SAJOHA CARE

1.      PENDAHULUAN - RASIONAL

Saban hari tanpa mengira waktu, SAJOHA sering dikunjungi pertanyaan oleh pelbagai pihak yang teruja dan berkeikhlasan untuk menghulur derma serta sumbangan kepada ahli-ahli kita samada secara individu atau berkumpulan.
Sumbangan derma adalah bertujuan sedikit sebanyak dapat  meringankan masalah atau bebenan ahli yang berkenaan.
Kematian, kemalangan serta musibah yang menimpa ahli-ahli SAJOHA juga datang tanpa diduga dan adakalanya dalam keadaan yang mengejutkan.
Dalam sesetengah keadaan, senario ini kadangkala mengujudkan kegelisahan dan kepincangan kepada AJK SAJOHA kerana kesuntukan masa dan dana untuk membantu dan menyumbang.
Terpanggil oleh situasi sebegini, barisan AJK SAJOHA 2014/2015 dalam mesyuarat pertamanya  telah mengusulkan dan membincangkan untuk merangka satu program penubuhan Tabung SAJOHA CARE bertujuan memudahurus dan mentadbir derma dan sumbangan ahli-ahli kepada pihak yang memerlukan. Semoga derma dan sumbangan ahli-ahli mendapat kebarakahan Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

2.    TUJUAN TABUNG

§  Memudahkan segala urusan derma ikhlas ahli-ahli SAJOHA diserahkan dan disalurkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
§  Menjadi medium atau saluran yang paling ideal buat ahli SAJOHA untuk menabung melalui persatuan bagi urusan derma ikhlas.
§  Mampu mengelak atau mengurangkan masalah ketika ahli SAJOHA yang berhajat menderma membantu sesuatu musibah atau kemalangan ahli yang lain bilamana kekangan atau kesuntukan masa jadi penghalang.
§  Mengujudkan satu dana derma ikhlas yang lebih sistematik yang diuruskan SAJOHA bagi pihak ahli dan untuk disalurkan kepada ahli-ahli jua.
§  Mengurus pengagihan sumbangan dan derma yang lebih efisyen dan saksama kepada penerima yang sewajarnya.
§  Menzahirkan sikap keperihatian, pengasih, penyayang serta budiman antara ahli SAJOHA yang meskipum jauh di mata tapi tetap dekat di hati masing-masing.
§  Mengeratkan silaturrahim, memupuk semangat kekeluargaan serta memantapkan keutuhan berpersatuan antara ahli-ahli.

3.     ASNAF (AGIHAN/PEMBAHAGIAN)

Dalam mengagihkan derma serta sumbangan ikhlas yang telah disalurkan oleh ahli-ahli melalui Tabung SAJOHA CARE ini, AJK telah bersetuju bahawa mereka serta kriteria yang tersenarai ini adalah layak dan memerlukan sumbangan serta derma tersebut:
      i.        Kematian
Ø  Kematian ahli SAJOHA
Ø  Kematian anggota keluarga terdekat ahli SAJOHA iaitu pasangan (suami/isteri), anak-anak atau ibu bapa
    ii.        Kemalangan/bencana
Ø  Kemalangan atau bencana  yang menimpa ahli SAJOHA
Ø  Kemalangan atau bencana yang menimpa mana-mana anggota keluarga terdekat ahli iaitu pasangan (suami/isteri), anak-anak atau ibu bapa
   iii.        Bantuan  Pelajar Miskin/Anak Yatim SMSJ
Ø  Bantuan meringankan kesusahan pelajar-pelajar miskin atau anak-anak yatim yang masih menuntut di SMSJ.
Ø  Bantuan perbelanjaan awal persekolahan (berdasarkan penilaian dan keperluan yang teramat sangat)
Ø  Bantuan/sumbangan hari raya setiap tahun
 iv.          Aktiviti Sukan/Ukhwah/Sosial Dan Kebajikan Umum
Ø  Membiayai program-program Ukhwah atau Majlis Perjumpaan Alumni SMSJ dari semasa ke semasa
Ø  Bantuan kebajikan yang bersesuaian bagi masyarakat umum yang memerlukan seperti bantuan fakir miskin setempat, mangsa bencana alam dan sebagainya
Ø  Bantuan ihsan kepada bekas tenaga pengajar dan staff SMSJ yang memerlukan

4.         SUMBER DANA/SUMBANGAN
      i.        Derma/Sumbangan Ahli-ahli SAJOHA
Ø  Sumbangan dan derma ikhlas dari ahli-ahli SAJOHA secara one-off atau adhoc atau berterusan dari masa ke semasa terus ke akaun SAJOHA Care
Ø  Sumbangan dan derma ikhlas dari ahli-ahli SAJOHA secara tetap dan berjadual melalui “standing instruction” bank penderma ke akaun SAJOHA Care
Ø  Sumbangan dan derma ikhlas dari ahli-ahli SAJOHA secara berkumpulan seperti kutipan “batch” atau perkumpulan SAJOHA yang lain
    ii.        Derma/Sumbangan Dari Syarikat-Syarikat Atau Badan Korporat
Ø  Memohon secara resmi dan bertulis kepada mana-mana syarikat atau badan-badan korporat milik ahli-ahli SAJOHA untuk rayuan derma dan sumbangan mengisi Tabung Sajoha Care
Ø  Memohon secara resmi dan bertulis kepada mana-mana syarikat atau badan-badan korporat lain untuk rayuan derma dan sumbangan mengisi Tabung Sajoha Care
Ø  Memohon secara resmi dan bertulis kepada mana-mana indiividu berpengaruh seperti Menteri-menteri atau Wakil Rakyat dari kalangan ahli SAJOHA khususnya untuk rayuan derma dan sumbangan mengisi Tabung Sajoha Care
Ø  Memohon penajaan selain wang tunai untuk aktviti-aktiviti yang tersenarai di bawah asnaf SAJOHA Care
   iii.        Jualan Item Premium SAJOHA Care
Ø  Mencetak dan menjual premium item SAJOHA Care dan segala kutipan dari jualan amal barangan berkenaan setelah ditolak kos pembikinan, disalurkan ke Tabung SAJOHA Care
   iv.        Tajaan Dan Jualan Meja Majlis Jamuan Gala Amal SAJOHA Care
Ø  Kutipan jualan meja dan tajaan di Majlis Jamuan Gala Amal SAJOHA Care yang akan dirancang diadakan di perkarangan Sek Men Sains Johor, Kluang bagi menyampaikan pengumuman dan pelancaran rasmi SAJOHA Care kelak.
(tentatif program “Back To School” serta Jamuan Makan Malam Gala Amal SAJOHA Care akan disediakan dan diuruskan oleh AJK berkaitan bersama Event Manager)

5.         GERAK KERJA PROGRAM/AKTIVITI SAJOHA CARE
    i.          Pengumuman Cadangan SAJOHA Care
Ø  Pengumuman secara umum cadangan menubuhkan SAJOHA care dibuat oleh Presiden SAJOHA melalui medium social seperti Blogspot SAJOHA, SAJOHA Google Groups, Facebook, aplikasi Whatsapp dan Telegram mulai 1 Disember 2014
ii.            Pembentangan dan Perbincangan Kertas Kerja SAJOHA Care
Ø  Kertas Kerja Sajoha Care disediakan, dibentangkan dan dibincangkan dalam Mesyuarat AJK SAJOHA pada minggu pertama Disember 2014
Ø  Membentuk jawatankuasa kerja SAJOHA Care dan menggariskan carta gerak kerja, fungsi dan tanggung jawab komiti
iii.            Pengumuman Resmi ‘Soft Launching’ SAJOHA Care
Ø  Siaraya secara resmi dan ‘soft launching’ SAJOHA Care diumumkan oleh Presiden SAJOHA melalui medium social seperti Blogspot SAJOHA, SAJOHA Google Groups, Facebook, aplikasi Whatsapp dan Telegram pada 1 Januari 2015
Ø  Kertas Kerja penubuhan Tabung Sajoha Care disiarkan di dalam medium social seperti Blogspot SAJOHA, SAJOHA Google Groups, Facebook, aplikasi Whatsapp dan Telegram pada 1 Januari 2015
iv.            * Majlis Kemuncak Program SAJOHA Care
Ø  Majlis Malam Gala Sajoha Care dicadang diadakan pada bulan Mei 2015 diperkarangan Sek Men Sains Johor, Kluang
Ø  Program ‘back to school” akan dilakarkan dan dipenuhi aktivit-aktiviti sosial dan riadah di perkarangan sekolah dan sekitar Kluang seiring memriahkan Majlis Kemuncak Program SAJOHA Care ini
Ø  Majlis ini dicadang untuk diuruskan sepenuhnya oleh team ’event management’ yang dilantik dan turut dibantu AJK Sajoha Care (out sources)
Ø  Pengumuman jumlah keseluruhan dana terkumpul untuk Tabung SAJOHA Care sejak dilancarkan akan dibuat di majlis berkenaan
Ø  Penjualan meja makan Malam Gala SAJOHA Care akan disalurkan sebagai dana Tabung SAJOHA Care

6.         PENUTUP
            Semoga perancangan dan niat murni SAJOHA untuk menjaga kebajikan ahli-ahli yang bernaung di bawahnya menjadi realiti dan seterusnya memartabatkan SAJOHA sebagai sebuah Alumni tersohor di kalangan bekas-bekas pelajar sekolah berasrama penuh dan dikenali sebagai Alumni yang prihatin dan pengasih.
            Ameennn……




            Ahli Jawatankuasa Induk SAJOHA Care

Pengerusi                    :           En. Saiful Yazan Abdul Rahman
Timbalan Pengerusi/   :           En. Mohd       Yusof Hassan
Setiausaha                   :           Pn. Rashidah Mohd Sies
Bendahari                    :           En. Azahari Baharum
AJK                             :           En. Alimor Sipon
                                    :           En. Mohd Yusof Amir
                                    :           Pn. Sharifah Shehon Syed Kadir
                                    :           Pn. Nor Sa’ni Ab Bakar


AJK Penyelaras Program Kemuncak Dan Malam Gala SAJOHA Care

Pengerusi Bersama     :          Pn. Rita Hashim         
                                    :          En. Zainal Alam Abdul Kadir (Event Manager)
Setiausaha                   :          Pn. Rashidah Mohd Sies       
Bendahari                    :          En. Azahari Baharum
AJK                             :          Pn. Nora Mahbob
                                    :           En. Mahzan Kamsan
                                    :           En. Hozefa Zamier
                                    :           Pn. Nor Sa’ni Ab Bakar
                                    :           En. Nazri Safar
                                    :           En. Mohd Zaini Omar

                                    :           serta beberapa nama yang mewakili batch dari luar AJK Sajoha yang                                                      akan dilantik kelak 

1 Dec 2014

Pra-Pelancaran SAJOHA Care - 01/12/2014

As'salammualaikum YB/Dato2/sahabat2/kawan2/adik2/abang2/kakak2 semua.

1 Disember 2014 adalah hari yang bersejarah buat Persatuan Alumnai kita SAJOHA kerana kita akan melancarkan satu Tabung Amal yang diberi nama 'SAJOHA CARE' atau 'TABUNG SAJOHA CARE' yang akan di urus secara professional.

Semenjak dahulu SAJOHA memang ada mengumpul dana2 / derma2 / sumbangan2 secara 'ad-hoc' untuk sesuatu tujuan tertentu; seperti Pembinaan dan Pembesaran Surau Al-Ikhsan SMSJ (oleh Task Force Surau SMSJ), Derma Hari Raya Anak2 Yatim & Miskin (oleh Sajoha Selatan), derma2 dari Batch2 masing2 untuk sahabat2 yang di timpa musibah dan sebagainya.

Turutan dari peristiwa2 diatas, kami SAJOHA berasa ingin meningkatkan lagi usaha ini kesatu tahap yang lebih professional dan terurus memandangkan lepasan pelajar2 SMSJ dari 1973 ke 2013 berjumlah lebih 4,000++ orang.

Bermula bulan November 2014 yang lepas SAJOHA telah melancarkan usaha 'MEMBERSHIP DRIVE' untuk mendaftarkan ahli2 SAJOHA agar kami mempunyai data yang terkini dari ahli-ahli untuk memaklumkan peristiwa2 dan perancangan SAJOHA dari masa ke semasa. Kami berharap bekas2 pelajar SMSJ dapat memberi kerjasama kepada 'MEMBERSHIP DRIVE' kami ini.

Kami juga sekarang sedang didalam proses dengan pihak bank untuk membuka akaun 'TABUNG SAJOHA CARE' dan Insyallah Pelancaran SAJOHA CARE ini akan di mulakan secara rasmi pada 01/01/2015. Pada pelancaran ini kami akan membentangkan kertas-kerja tujuan/visi/asnaf2 penerima tabung ini. Insyallah

Bersama-sama ini dilampirkan logo 'SAJOHA CARE'.

Terima kasih

Presiden SAJOHA
Saiful Yazan AR
.