PERSATUAN ALUMNI SEK MEN SAINS JOHOR (SAJOHA)
SAJOHA CARE
1.
PENDAHULUAN - RASIONAL
Saban hari tanpa
mengira waktu, SAJOHA sering dikunjungi pertanyaan oleh pelbagai pihak yang
teruja dan berkeikhlasan untuk menghulur derma serta sumbangan kepada ahli-ahli
kita samada secara individu atau berkumpulan.
Sumbangan
derma adalah bertujuan sedikit sebanyak dapat meringankan masalah atau bebenan ahli yang
berkenaan.
Kematian,
kemalangan serta musibah yang menimpa ahli-ahli SAJOHA juga datang tanpa diduga
dan adakalanya dalam keadaan yang mengejutkan.
Dalam
sesetengah keadaan, senario ini kadangkala mengujudkan kegelisahan dan
kepincangan kepada AJK SAJOHA kerana kesuntukan masa dan dana untuk membantu
dan menyumbang.
Terpanggil
oleh situasi sebegini, barisan AJK SAJOHA 2014/2015 dalam mesyuarat
pertamanya telah mengusulkan dan
membincangkan untuk merangka satu program penubuhan Tabung SAJOHA CARE
bertujuan memudahurus dan mentadbir derma dan sumbangan ahli-ahli kepada pihak
yang memerlukan. Semoga derma dan sumbangan ahli-ahli mendapat kebarakahan
Allah s.w.t di dunia dan akhirat.
2.
TUJUAN TABUNG
§ Memudahkan
segala urusan derma ikhlas ahli-ahli SAJOHA diserahkan dan disalurkan kepada
pihak-pihak yang memerlukan.
§ Menjadi
medium atau saluran yang paling ideal buat ahli SAJOHA untuk menabung melalui
persatuan bagi urusan derma ikhlas.
§ Mampu
mengelak atau mengurangkan masalah ketika ahli SAJOHA yang berhajat menderma
membantu sesuatu musibah atau kemalangan ahli yang lain bilamana kekangan atau
kesuntukan masa jadi penghalang.
§ Mengujudkan
satu dana derma ikhlas yang lebih sistematik yang diuruskan SAJOHA bagi pihak
ahli dan untuk disalurkan kepada ahli-ahli jua.
§ Mengurus
pengagihan sumbangan dan derma yang lebih efisyen dan saksama kepada penerima
yang sewajarnya.
§ Menzahirkan
sikap keperihatian, pengasih, penyayang serta budiman antara ahli SAJOHA yang
meskipum jauh di mata tapi tetap dekat di hati masing-masing.
§ Mengeratkan
silaturrahim, memupuk semangat kekeluargaan serta memantapkan keutuhan
berpersatuan antara ahli-ahli.
3. ASNAF
(AGIHAN/PEMBAHAGIAN)
Dalam
mengagihkan derma serta sumbangan ikhlas yang telah disalurkan oleh ahli-ahli
melalui Tabung SAJOHA CARE ini, AJK telah bersetuju bahawa mereka serta
kriteria yang tersenarai ini adalah layak dan memerlukan sumbangan serta derma
tersebut:
i.
Kematian
Ø Kematian
ahli SAJOHA
Ø Kematian
anggota keluarga terdekat ahli SAJOHA iaitu pasangan (suami/isteri), anak-anak atau
ibu bapa
ii.
Kemalangan/bencana
Ø Kemalangan
atau bencana yang menimpa ahli SAJOHA
Ø Kemalangan
atau bencana yang menimpa mana-mana anggota keluarga terdekat ahli iaitu
pasangan (suami/isteri), anak-anak atau ibu bapa
iii.
Bantuan Pelajar Miskin/Anak Yatim SMSJ
Ø Bantuan
meringankan kesusahan pelajar-pelajar miskin atau anak-anak yatim yang masih
menuntut di SMSJ.
Ø Bantuan
perbelanjaan awal persekolahan (berdasarkan penilaian dan keperluan yang
teramat sangat)
Ø Bantuan/sumbangan
hari raya setiap tahun
iv.
Aktiviti Sukan/Ukhwah/Sosial Dan
Kebajikan Umum
Ø Membiayai
program-program Ukhwah atau Majlis Perjumpaan Alumni SMSJ dari semasa ke semasa
Ø Bantuan
kebajikan yang bersesuaian bagi masyarakat umum yang memerlukan seperti bantuan
fakir miskin setempat, mangsa bencana alam dan sebagainya
Ø Bantuan
ihsan kepada bekas tenaga pengajar dan staff SMSJ yang memerlukan
4. SUMBER
DANA/SUMBANGAN
i.
Derma/Sumbangan Ahli-ahli SAJOHA
Ø Sumbangan
dan derma ikhlas dari ahli-ahli SAJOHA secara one-off atau adhoc atau
berterusan dari masa ke semasa terus ke akaun SAJOHA Care
Ø Sumbangan
dan derma ikhlas dari ahli-ahli SAJOHA secara tetap dan berjadual melalui
“standing instruction” bank penderma ke akaun SAJOHA Care
Ø Sumbangan
dan derma ikhlas dari ahli-ahli SAJOHA secara berkumpulan seperti kutipan
“batch” atau perkumpulan SAJOHA yang lain
ii.
Derma/Sumbangan Dari Syarikat-Syarikat
Atau Badan Korporat
Ø Memohon
secara resmi dan bertulis kepada mana-mana syarikat atau badan-badan korporat
milik ahli-ahli SAJOHA untuk rayuan derma dan sumbangan mengisi Tabung Sajoha
Care
Ø Memohon
secara resmi dan bertulis kepada mana-mana syarikat atau badan-badan korporat
lain untuk rayuan derma dan sumbangan mengisi Tabung Sajoha Care
Ø Memohon
secara resmi dan bertulis kepada mana-mana indiividu berpengaruh seperti Menteri-menteri
atau Wakil Rakyat dari kalangan ahli SAJOHA khususnya untuk rayuan derma dan
sumbangan mengisi Tabung Sajoha Care
Ø Memohon
penajaan selain wang tunai untuk aktviti-aktiviti yang tersenarai di bawah
asnaf SAJOHA Care
iii.
Jualan Item Premium SAJOHA Care
Ø Mencetak
dan menjual premium item SAJOHA Care dan segala kutipan dari jualan amal
barangan berkenaan setelah ditolak kos pembikinan, disalurkan ke Tabung SAJOHA
Care
iv.
Tajaan Dan Jualan Meja Majlis Jamuan Gala
Amal SAJOHA Care
Ø Kutipan
jualan meja dan tajaan di Majlis Jamuan Gala Amal SAJOHA Care yang akan
dirancang diadakan di perkarangan Sek Men Sains Johor, Kluang bagi menyampaikan
pengumuman dan pelancaran rasmi SAJOHA Care kelak.
(tentatif
program “Back To School” serta Jamuan Makan Malam Gala Amal SAJOHA Care akan
disediakan dan diuruskan oleh AJK berkaitan bersama Event Manager)
5. GERAK
KERJA PROGRAM/AKTIVITI SAJOHA CARE
i.
Pengumuman Cadangan SAJOHA Care
Ø
Pengumuman secara umum cadangan menubuhkan
SAJOHA care dibuat oleh Presiden SAJOHA melalui medium social seperti Blogspot
SAJOHA, SAJOHA Google Groups, Facebook, aplikasi Whatsapp dan Telegram mulai 1
Disember 2014
ii.
Pembentangan dan Perbincangan Kertas
Kerja SAJOHA Care
Ø
Kertas Kerja Sajoha Care disediakan,
dibentangkan dan dibincangkan dalam Mesyuarat AJK SAJOHA pada minggu pertama
Disember 2014
Ø
Membentuk jawatankuasa kerja SAJOHA Care dan
menggariskan carta gerak kerja, fungsi dan tanggung jawab komiti
iii.
Pengumuman Resmi ‘Soft Launching’ SAJOHA
Care
Ø
Siaraya secara resmi dan ‘soft launching’ SAJOHA
Care diumumkan oleh Presiden SAJOHA melalui medium social seperti Blogspot
SAJOHA, SAJOHA Google Groups, Facebook, aplikasi Whatsapp dan Telegram pada 1 Januari
2015
Ø
Kertas Kerja penubuhan Tabung Sajoha Care
disiarkan di dalam medium social seperti Blogspot SAJOHA, SAJOHA Google Groups,
Facebook, aplikasi Whatsapp dan Telegram pada 1 Januari 2015
iv.
* Majlis Kemuncak Program SAJOHA Care
Ø
Majlis Malam Gala Sajoha Care dicadang diadakan
pada bulan Mei 2015 diperkarangan Sek Men Sains Johor, Kluang
Ø
Program ‘back to school” akan dilakarkan dan
dipenuhi aktivit-aktiviti sosial dan riadah di perkarangan sekolah dan sekitar
Kluang seiring memriahkan Majlis Kemuncak Program SAJOHA Care ini
Ø
Majlis ini dicadang untuk diuruskan sepenuhnya
oleh team ’event management’ yang dilantik dan turut dibantu AJK Sajoha Care
(out sources)
Ø
Pengumuman jumlah keseluruhan dana terkumpul
untuk Tabung SAJOHA Care sejak dilancarkan akan dibuat di majlis berkenaan
Ø
Penjualan meja makan Malam Gala SAJOHA Care akan
disalurkan sebagai dana Tabung SAJOHA Care
6. PENUTUP
Semoga
perancangan dan niat murni SAJOHA untuk menjaga kebajikan ahli-ahli yang
bernaung di bawahnya menjadi realiti dan seterusnya memartabatkan SAJOHA
sebagai sebuah Alumni tersohor di kalangan bekas-bekas pelajar sekolah
berasrama penuh dan dikenali sebagai Alumni yang prihatin dan pengasih.
Ameennn……
Ahli
Jawatankuasa Induk SAJOHA Care
Pengerusi : En. Saiful Yazan Abdul Rahman
Timbalan
Pengerusi/ : En. Mohd Yusof Hassan
Setiausaha : Pn. Rashidah Mohd Sies
Bendahari : En. Azahari Baharum
AJK : En. Alimor Sipon
: En. Mohd Yusof Amir
: Pn. Sharifah Shehon Syed Kadir
: Pn. Nor Sa’ni Ab Bakar
AJK Penyelaras Program Kemuncak Dan
Malam Gala SAJOHA Care
Pengerusi Bersama : Pn.
Rita Hashim
: En. Zainal Alam Abdul Kadir (Event Manager)
Setiausaha : Pn.
Rashidah Mohd Sies
Bendahari : En.
Azahari Baharum
AJK : Pn. Nora Mahbob
: En. Mahzan Kamsan
: En.
Hozefa Zamier
: Pn. Nor Sa’ni Ab Bakar
: En. Nazri Safar
: En. Mohd Zaini Omar
: serta beberapa nama yang mewakili batch
dari luar AJK Sajoha yang akan dilantik kelak
i miss the boat....
ReplyDelete